|
Niat yang betul : Guru mestilah melaksanakan tugas dengan betul seperti yang dituntut oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan. Bagaimana cara guru menjalankan tugas adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani |
Perlakuan yang baik : Tingkah laku guru bagi menjalankan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping menunjukkan imej profesion. Perlakuan tersebut melibatkan penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang terbaik sepanjang masa mestilah dijaga dengan baik. |
Penggerak ke arah pembaikan : Seorang guru mestilah menunjukkan diri sebagai seorang yang dinamik, progresif, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan. Seterusnya penambahbaikan ini berlaku secara berterusan. |
Memperkotakan apa yang dikata : Guru telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak bangsa. Segala apa yang diajar oleh seseorang guru tersebut haruslah logik dan selari dengan apa yang dikatakan olehnya. Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. |
Disiplin dan beradab : Seorang guru mestilah menjaga disiplin, adab sopan dan akhlak agar menjadi contoh kepada setiap murid yang dituntut oleh agama. Malahan mematuhi setiap peraturan dan arahan perkhidmatan, prosedur dan kaedah yang telah ada. Contohnya mematuhi Perintah Am, Akta Pendidikan 1996, Aku Janji, Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Kementerian dan sebagainya. |
Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil organisasi : Seorang guru mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM telah lakukan untuk memperbaiki perkhidmatan kepada tahap yang lebih baik dengan memberikan prestasi yang cemerlang kepada organisasi dan anak-anak didik. |
Friday, May 19, 2023
PRINSIP ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Pengertian Peraturan dan Perundangan Pendidikan Perbandingan Peraturan Pendidikan dan Perundangan Pendidikan Persamaan perbezaan
-
Pengertian Kod Etika Profesionalisme Keguruan Perkataan etika berasal daripada bahasa yunani iaitu “ethos” yang bermaksud watak kesusilaan ...
-
Tujuan & Fungsi Peraturan-peraturan Pendidikan Pencegahan · Mencegah guru-guru atau pegawai pendidikan daripada melakukan p...
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Komen