Friday, May 19, 2023

KOD ETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN

  Komponen Kod Etika Profesionalisme Keguruan



Keterangan Kod Etika Profesionalisme Keguruan



PRINSIP ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



Keterangan dan Contoh 

Niat yang betul :  Guru mestilah melaksanakan tugas dengan betul seperti yang dituntut oleh agama dan selaras dengan nilai yang dicadangkan. Bagaimana cara guru menjalankan tugas adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani

Perlakuan yang baik : Tingkah laku guru bagi menjalankan tugas dengan sempurna untuk mencapai hasil yang berkualiti di samping menunjukkan imej profesion. Perlakuan tersebut melibatkan penampilan diri, pertuturan dan tindakan yang terbaik sepanjang masa mestilah dijaga dengan baik.

Penggerak ke arah pembaikan : Seorang guru mestilah menunjukkan diri sebagai seorang yang dinamik, progresif, maju, berdaya saing dan dapat mendorong seseorang melakukan kebaikan. Seterusnya penambahbaikan ini berlaku secara berterusan. 

Memperkotakan apa yang dikata :  Guru telah diamanahkan untuk mendidik anak-anak bangsa. Segala apa yang diajar oleh seseorang guru tersebut haruslah logik dan selari dengan apa yang dikatakan olehnya. Sentiasa menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan, sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain.

Disiplin dan beradab : Seorang guru mestilah menjaga disiplin, adab sopan dan akhlak agar menjadi contoh kepada setiap murid yang dituntut oleh agama. Malahan mematuhi setiap peraturan dan arahan perkhidmatan, prosedur dan kaedah yang telah ada. Contohnya mematuhi Perintah Am, Akta Pendidikan 1996, Aku Janji, Pekeliling Ikhtisas, Pekeliling Kementerian dan sebagainya.

Menghargai dan bertanggungjawab terhadap hasil organisasi : Seorang guru mestilah sentiasa bersyukur dan menghargai apa yang pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM telah lakukan untuk memperbaiki perkhidmatan kepada tahap yang lebih baik dengan memberikan prestasi yang cemerlang kepada organisasi dan anak-anak didik.


Wednesday, May 17, 2023

PENGERTIAN KOD ETIKA PROFESIONALISME KEGURUAN

Pengertian Kod Etika Profesionalisme Keguruan 

Perkataan etika berasal daripada bahasa yunani iaitu “ethos” yang bermaksud watak kesusilaan atau adat kebiasaan. Etika juga diertikan sebagai moral dan akhlak. Perkataan moral berasal dari bahasa latin iaitu “mos” atau “mores” yang bererti adat kebiasaan atau cara hidup seseorang dengan mengamalkan perbuatan yang baik (kesusilaan). Akhlak mengikut bahasa arab bermaksud sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang. 


NILAI ETIKA KERJA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


1.       Amanah

Sifat bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

ü  Menjalankan kerja tanpa penyelewengan

ü  Bersifat jujur ​​​​​​dan setia

ü  Menggunakan masa dengan sebaiknya

ü  Berdisiplin dan mengawal diri melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain

ü  Bertanggungjawab

 

2.       Benar

Benar pada niat dan perbuataan

ü  Niat yang baik dan jujur

ü  Bercakap benar dn menepati janji

ü  Bersedia untuk mempelajari atau menerima nasihat

ü  Memberi atau menerima arahan yang jelas dan tepat

ü  Berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran

 

3.       Bijaksana

Menggunakan kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan tindakan

ü  Menggunakan potensi, keupayaan dan kepakaran untuk melaksanakan tugas.

ü  Sentiasa berusaha menghasilkan kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti

ü  Mempunyai fikiran rasional dan pertimbangan yang saksama

ü  Sentiasa mempertingkatkan ilmu, kepakaran dan profesionalisme

 

4.       Bersyukur

Menghargai nikmat dan pemberian

ü  Menghargai anugerah dan nikmat yang diterima

ü  Bersedia memberikan pengiktirafan kepada yang berjaya

ü  Tenang menghadapi masalah dan redha menerima ketetapan, kegagalan dan ujian

ü  Berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi

5.       Dedikasi

Berminat dan rela berkorban masa

ü  Tekun dan rajin serta bersikap positif

ü  Memastikan hasil kerja berkualiti

ü  Menjalankan tangungjawab dengan sabar, teliti,ceria

ü  Cergas dan pantas


6.       Ikhlas

Berhati suci menunaikan tanggungjawab

ü  Menerima tanggungjawab dengan rela hati

ü  Menjalankan tugas untuk mencapai matlamat organisasi

ü  Memberikan layanan yang baik tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan

ü  Bersedia menerima teguran dan kritikan

ü  Saling menghormati antara satu sama lain

 

7.       Penyayang

Perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat.

ü  Bersikap pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, dan meninggi diri.

ü  Menganggap setiap orang mempunyai harga diri dan perlu dihormati.

ü  Bersifat bertimbang rasa dan memang berat

ü  Menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga

ü  Mempunyai sifat simpati dan empati dalam menjalankan tugas.


KUMPULAN 11 🌹